pas kawasan

Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) Kawasan Bagan Datoh || No. Pendaftaran : PPM / PK. 2363 || Pejabat : No. 5 ( a ) , Pekan Batu 20, 36200 Selekoh, Perak || Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog Dewan Pemuda Kawasan Bagan Datoh : www.pasbagandatoh.blogspot.com

Wednesday, 16 May 2012

NASIHAT UNTUK PEMIMPIN ISLAM!


Pemerintah! Dengarlah nasihat Ata’ Bin Abi Rabah


Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”


Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”

Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”

Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”

Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.

Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”

(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. - http://www.niknasri.com

PERUTUSAN HARI GURU 2012 OLEH PAS


Perutusan Hari Guru 2012


Assalamualaikum,

Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.


Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."


Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."


Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.



Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.


Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.


“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”



Sekian Wassalam



Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

PESAN UNTUK PARA GURU..


Pesanan untuk membentuk citra guru mujahid


Guru selayaknya seorang mujahid. Demikian yang ditunjukkan oleh Ustazul Mukminin, Rasulullah s.a.w. ketika baginda menjalankan dakwahnya, bermulalah jejak tugas seorang guru kepada manusia.

Tugas mudaris dan mujahid tidak selayaknya dipisahkan. Yang menyatukan tanggungjawab antara seorang  pendidik dengan seorang mujahid ialah hadaf yang satu. Iaitu yang seharusnya dicapai adalah untuk mengeluarkan manusia dari pengabdian kepada selain Allah dan membawa manusia kepada hanya menyerah diri dan mengabdi total hanya kepada Allah.

Kami mengungkap tema Guru Mujahid kerana persoalan fungsi guru membentuk insan pelajar kini tidak diserasikan antara kerja mengajar dan kerja menghidupkan kecintaaan pelajar kepada Islam.


Malah yang sering dapat diperhatikan ialah guru hanya dilihat sebagai profesi yang mengejar kecemerlangan hanya pada kerangka kerjaya yang diukur mengikut pencapaian yang digariskan oleh skima perjawatan JPA.


Lalu berlumba-lumbalah guru bekerja keras untuk menepati pencapaian tersebut tanpa melihat garis ukur yang jauh lebih murni, jauh lebih suci. Iaitu apakah generasi yang dididik melalui sistem pendidikan yang ada mampu melahirkan generasi yang memenuhi ciri-ciri ibadurrahman dan sejauh mana seorang guru turut terlibat di medan perjuangan untuk menegak dan membela Islam.

Hari Guru yang saban tahun disambut membawa erti besar kepada para warga pendidik. Sayang jika para guru sendiri tidak merasa ini suatu hari yang bermakna.


Setelah gugurnya bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945, Kaisar Jepun  pernah bertanya suatu hal yang menyebabkan orang terpinga-pinga. Sebabnya dia bertanya dalam ribuan rakyat Jepun yang terkorban, " adakah ada lagi guru yang maseh hidup?". Demikian Kaisar Jepun memberi kepentingan kehadiran guru untuk melihat peluang untuk bangkit semula diatas runtuhan dan kehancuran akibat bom atom yang digugurkan oleh tentera Ameirika Syarikat.

Sebetulnya kami telah memikirkan apakah tema yang seharusnya boleh merangsang para guru untuk benar-benar merasa bahawa profesi seorang guru itu adalah profesi yang membawa kesan jauh lebih bermakna dari kerja keras untuk mencapai kecermelangan dalam peperiksaan umum bagi tujuan menaikkan nama sekolah dan jabatan.

Kami sangat prihatin betapa menjadi seorang guru dalam situasi kini sangat menghimpit. Kerap yang disunguti ialah guru kini tidak menjiwai perjuangan dalam bidang pendidikan  berbanding  guru masa lampau.

Tidak dapat disangsikan para guru pada zaman kolonial adalah sebahagian besarnya adalah kelompok yang berada di saf peneraju perjuangan kemerdekaan tanah air. Guru membawa imej pembentuk jiwa merdeka untuk rakyat. Guru sinonim dengan pejuang kemerdekaan. Bukan setakat mengajar disekolah untuk mencemerlangkan penuntut dalam pencapaian peperiksaan malah guru berada di barisan depan mempelopori perjuangan kemerdekaan.

Sungutan betapa guru lebih banyak terbeban dengan kerja pentadbiran (paper work') berbanding menjalankan fungsi mendidik adalah suatu yang malang. Dalam keghairahan pihak atasan mahu mencapai KPI dan lantaran itu guru yang berada dalam bilik darjah dibebankan untuk menyiapkan segala tugas yang terlepas dari kerja mendidik yang sebenar pada hakikatnya akan merugikan.

Natijahnya amat mendukacitakan. Guru lelah mengejar masa antara menyelesaikan Rancangan Mengajar, ditambah lagi dengan beban menyiapkan pelbagai tugas pentadbiran.

Kami tidak hairan bagaimana sistem pendidikan masakini gagal melahirkan guru yang berkualiti mujahid. Malah tidak terbayangpun konsep Guru Mujahid itu sendiri dalam skima melatih guru. Bercitra sebagai Guru Mujahid mungkin dilihat terlalu menggugat. Lantaran guru hanya sebagai karieris sudah memadai supaya masing-masing hanya berfikir untuk menjadi cemerlang dalam konteks kerjaya semata-mata.

Bukan sahaja beban kerja sangat melelahkan malah sistem yang sedia ada lebih banyak tertumpu kepada kerja di luar tugas mendidik.


Seorang guru yang bercitra mujahid bermula dari niatnya yang merentas kepentingan duniawi. Apa yang terpendam dalam sanubari guru mujahid adalah membentuk watak anak muridnya berpandukan susunatur ilmu yang disampaikan.

Lebih penting dari itu ialah bagaimana ilmu yang disampaikan itu mampu diterjemahkan dalam aplikasi seharian buat dijadi pedoman untuk pendewasaan anak murid. Tidak kira dia seorang yang berada atau sebaliknya. Pokoknya ilmu yang disampaikan  adalah bagaikan menyemai benih untuk kemudian tumbuh sebagai pohon yang merimbun memberi manfaat kepada siapa sahaja yang berlindung di bawahnya.

Sebenarnya kita sangat mendambakan guru yang bersifat Dzu Wujuh, iaitu menpunyai banyak wajah dalam arti yang baik. Ia adalah seorang guru bangsa, pendidik ummat dan mujahid da’wah, ia adalah seorang budayawan atau pemikir budaya, ia adalah seorang ‘alim dengan segala atribut yang lekat dengan gelar itu, ia adalah seorang berfikiran matamg dalam membaca politik masa depan.

Seorang guru harus memilikki pandangan pendidikan  tidak terlepas dari grand konsep yaitu dakwah. Secara idealnya pada diri seorang guru akan menemukan konsep yang konsisten baik yang berhubungan dengan dakwah maupun pendidikan. Dalam ertikata lain  dalam perumusan tujuan hidup seorang guru dalam konsep da’wah sama dengan tujuan hidup dalam konsep pendidikan.

Seorang guru harus memiliki kefahaman bahawa  tujuan pendidikan ada dua macam, iaitu: a. Menjadi hamba Allah; b. mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Dengan mengacu kepada surat Adz-Dzariyat ayat 56 yang ertinya: “Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah Aku”.

Selanjutnya dengan mengacu kepada surat al-Fathir ayat 28, yang ertinya: “Bahwa yang sebenar-benarnya takut kepada Allah itu, ialah hamba-Nya yang mempunyai ilmu”,

Perhatikan catatan DR. G. J. Nieuwenhuis mengatakan, “suatu bangsa tidak akan maju, sebelum adanya guru yang mau berkorban untuk kemajuan bangsa tersebut”.

Kami kutip pernyataan itu kerana nampaknya ada tanda bahawa pada saat ini minat kalangan akademik untuk menjadi guru yang menjiwai erti pengorbanan sudah mulai menurun.

Lantaran itu sempena Hari Guru untuk tahun 2012 ini kami menghimbau pesanan yang diharap diperhatikan setiap guru yang memilih untuk terjun dalam medan pendidikan sebagai medan jihad.

Adalah diharapkan tatkala sistem pendidikan yang ada sekarang maseh jauh dari memenuhi maksud pendidikan dalam ertikata sebenar, maka ditangan gurulah amanah membentuk generasi akan dipertaruhkan. Bermakna para guru harus siap memainkan peranan diluar kotak sistem yang kini sangat ditentukan oleh pasaran ekonomi.

Kami mengharapkan agar fungsi memanusiakan pendidikan dalam erti yang dituntut Allah ke atas diri kita akan direalisasikan oleh warga guru yang ada. Moga para guru siap menjadi Guru Mujahid yang boleh membawa islah kepada ummah dan dunia.

Selamat Hari Guru 2012

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras

Ustazah Rubiyah Haron
Timbalan YDP SALIMAH

SELAMAT HARI GURU..



Tahniah guru, jasamu tidak dilupakan

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan selamat Hari Guru bagi tahun 2012 kepada semua pendidik di negara ini.


“Syabas dan tahniah kepada para guru yang berterusan memberikan perkhidmatan dalam dunia pendidikan tanpa berasa lelah, jemu dan berputus asa bagi memastikan kecemerlangan akademik terhadap pelajar-pelajar setiap tahun,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, DPPM menyanjung tinggi segala pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan pendidik dalam melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan berharga dalam masyarakat.

Menurutnya, mereka umpama obor yang menerangi alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan.

“Tanpa mereka tiadalah semua golongan cendikiawan, cerdik pandai, pemimpin dan ahli politik hebat seperti sekarang. Sewajarnya peranan dan sumbangan mereka dimartabatkan setingginya,” katanya.

DPPM, ujarnya menekankan bahawa komitmen Pakatan Rakyat terhadap para pendidik amat tinggi dengan berusaha pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.

Malahan, tambah beliau segala imbalan dari kerajaan pusat untuk guru-guru termasuk ura-ura tambahan tawaran oleh kerajaan sempena Sambutan Hari Guru adalah hasil daripada perjuangan PR melalui Buku Jingga.

Pakatan Rakyat juga, kata beliau lagi berusaha memastikan pendidikan percuma dinikmati oleh rakyat segenap peringkat dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi.

“Adalah diharapkan, tiada seorang pun rakyat tercicir dari menerima pendidikan sebagai asas dalam kehidupan.

“Semoga para guru dan pendidik terus membimbing ummah sebagai insan teladan dan terpuji sepanjang zaman,” ujarnya lagi.

Justeru, katanya DPPM mendoakan para pendidik sentiasa mendapat kemuliaan di sisi masyarakat dan mereka pula berusaha melipatgandakan dedikasi mereka dalam dunia pendidikan.

GLOBAL : JANJI MUDAH PERCAYA !



Perjanjian dimeterai, tahanan Palestin henti mogok lapar
GAZA - Rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel semalam bersetuju untuk mengakhiri mogok lapar besar-besaran, yang dimulakan lebih dua bulan lalu, ekoran satu perjanjian dicapai.

Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan bersetuju untuk tidak memperbaharui tahanan tanpa dakwaan.

Lebih 1,500 rakyat Palestin enggan makan sebagai protes menuntut rejim Yahudi memperbaiki keadaan mereka di penjara negara itu.

Kini lebih 4,800 rakyat Palestin ditahan di beberapa penjara Israel.

Protes itu mencetuskan kebimbangan bahawa rakyat Palestin akan membalas dendam jika mana-mana banduan mati di penjara.

Mereka mogok lapar sejak 77 hari lalu.

"Kesemua pihak menandatangani satu perjanjian," kata  Qadura Fares, ketua Kelab Banduan Palestin kepada AFP, dipetik BBC.

Pihak Berkuasa Penjara Israel mengesahkan perjanjian telah dimeterai, yang diusahakan oleh Mesir dan Jordan.

Laporan agensi Reuters pula menyebut di bawah perjanjian itu Israel bersetuju untuk mengakhiri hukuman pengurungan berasingan yang dikenakan ke atas 19 tahanan dan menarik balik larangan lawatan yang dikenakan ke atas anggota keluarga tahanan yang tinggal di Genting Gaza, yang diperintah oleh Hamas.

Sunday, 13 May 2012

YB. NIZAR LANCARKAN JENTERA PRU 13 PAKATAN RAKYAT BAGAN DATOH !

Pada 12 Mei, bertempat di Dewan Baharu PAS Kawasan Bagan Datoh, Pakatan Rakyat Kawasan Bagan Datoh telah mengadakan majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Kawasan Bagan Datoh.










HANGAT DAN PANAS..


Rumah artis, cerita Bersih 3.0 terhangat

KUALA LUMPUR, 29 April:Berita mengenai sebuah rumah yang bernilai RM4 juta dimiliki seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-17.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang, kata sumber telah diduduki awal April ini.

Di tangga kedua pula, ialah sebuah kupasan menarik daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mereka yang terkeliru dengan mainan Umno sehingga sangsi samada mereka perlu menyokong Bersih 3.0 sebelum perhimpunan diadakan pada 28 April.

Berita mengenai pertemuan pelakon filem Bukit Kepong dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menduduki tempat ketiga minggu ini.

Di tempat keempat pula berita mengenai gangguan berbentuk termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya yang sengaja dibuat pihak tertentu ketika ceramah pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Manakala, berita mengenai insiden bagaimana sebuah kereta peronda polis boleh terbalik ketika perhimpunan Bersih 3.0 menduduki tangga kelima.

Berita ini adalah untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan TV3 yang menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 22 hingga 28 April, 2012.



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

MAHASISWA DIPERALAT UMNO ? BIASA LA TU..


Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

http://promupm.wordpress.com,12 Mei 2012

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.



Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.


Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.

Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!


Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

APA SEBAB UMNO/ BN TAK LAYAK !


7 sebab Umno/BN sudah tidak layak perintah negara

Idris Ahmad,13 Mei 2012



Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.


Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. 

Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. 

Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. 

Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali, sedangkan di Pulau Pinang warga emas dapat RM1000.00 setiap tahun.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu.

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? 

Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.  

Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. 

Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.


APAKAH BENAR INI SEMUA ? NAJIB JANGAN LAH BACUL..


PM bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun?
Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
“Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno,” katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, “itu satu rutin, ini perkara lebih penting.”
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras “cukup bersedia” untuk menghadapi PRU13.
“Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan “pilihan raya sudah semakin dekat.”
“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,” katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, “berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia.”
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: “PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong “hanya satu gurauan”.
“Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi,” kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
“Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,” kata beliau.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008